Pelaksanaan OSC Online
Pelaksanaan OSC Online telah diluluskan oleh Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan pada 3 Jun 2008 dan Mesyuarat PEMUDAH pada 20 Jun 2008. Di bawah peruntukan DAGS, projek perintis OSC Online akan dilaksanakan di Majlis Perbandaran Pulau Pinang selewat-lewatnya September 2008 dan seterusnya diperluaskan ke PBT bertaraf Bandaraya dan Perbandaran lain yang mewujudkan Unit OSC. Peluasan Fasa kedua seterusnya adalah ke PBT bertaraf Majlis Daerah berdasarkan kesediaan PBT tersebut. OSC Online juga akan diintegrasikan dengan pelaksanaan ePBT Online yang membolehkan penyimpanan data dan pemantauan secara berpusat terlaksana.
No comments:
Post a Comment