Saturday, 17 November 2012

CPTED:Crime Prevention Through Environmental Design

CPTED berdasarkan kepada idea bahawa “reka bentuk persekitaran fizikal terperinci secara efektif boleh mempengaruhi perlakuan manusia dari melakukan kesalahan serta mengurangkan perasaan
takut berlakunya jenayah dan insiden jenayah di samping meningkatkan kualiti persekitaran dan kehidupan”.
 
Konsep dan prinsip CPTED perlu diterapkan pada peringkat awal reka bentuk pelan susun atur dan pelan bangunan bagi semua kawasan pembangunan baru. Konsep CPTED juga boleh diguna pakai bagi pembangunan sedia ada yang kurang selamat dan
terdedah kepada jenayah.

Panduan aplikasi CPTED di dalam rekabentuk Pelan Susun Atur Permohonan Kebenaran Merancang. INFO LANJUT

PELAKSANAAN OSC ONLINE

Pelaksanaan OSC Online 

 Pelaksanaan OSC Online telah diluluskan oleh Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan pada 3 Jun 2008 dan Mesyuarat PEMUDAH pada 20 Jun 2008. Di bawah peruntukan DAGS, projek perintis OSC Online akan dilaksanakan di Majlis Perbandaran Pulau Pinang selewat-lewatnya September 2008 dan seterusnya diperluaskan ke PBT bertaraf Bandaraya dan Perbandaran lain yang mewujudkan Unit OSC. Peluasan Fasa kedua seterusnya adalah ke PBT bertaraf Majlis Daerah berdasarkan kesediaan PBT tersebut. OSC Online juga akan diintegrasikan dengan pelaksanaan ePBT Online yang membolehkan penyimpanan data dan pemantauan secara berpusat terlaksana.